| Kemalangan Di Simpang Masuk Puncak Alam |
![]() PUNCAK ALAM : 22.05.2009 - Satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motorsikal berlaku malam semalam di persimpangan masuk ke Bandar Puncak Alam. Dalam kejadian yang berlaku pada sekitar jam 8.30 malam itu, sebuah kereta Proton Wira telah cuba membelok masuk ke persimpangan tersebut dari arah Lebuhraya Puncak Alam tanpa menyedari ada motorsikal datang dari arah Meru. "Saya tidak nampak ada motor datang arah tersebut," ujar pemandu tersebut yang merupakan seorang penduduk di Fasa 2 yang terkejut apabila motorsikal tersebut merempuh bahagian sisi hadapan keretanya. Impak rempuhan menyebabkan mangsa tercampak ke atas cermin hadapan kereta tersebut. Tinjauan PAnet di tempat kejadian mendapati mangsa yang mengalami patah tulang betis kanan terbaring di atas bumbung kereta yang dirempuhnya sementara menunggu ketibaan ambulan. Anggota polis yang secara kebetulan sedang melakukan rondaan membantu mengawal lalulintas di kawasan kemalangan. Maklumbalas daripada pengguna jalanraya yang berhenti turut menyatakan kebimbangan berkaitan lalulintas yang agak sibuk di laluan itu, hingga menyukarkan pemandu untuk membelok masuk. Warga Bandar Puncak Alam yang ditemui di tempat kejadian bersependapat bahawa pihak berkuasa tempatan harus menyediakan lampu isyarat bagi mengelakkan kemalangan yang sering berlaku di situ. Dalam satu kejadian berasingan yang berlaku 2 malam yang lalu, satu kemalangan turut berlaku di selekoh laluan berhampiran. Kejadian tersebut berlaku pada sekitar jam 7.45 malam itu melibatkan sebuah kereta Perodua Kelisa yang telah terbabas ke atas pembahagi jalan. Tinjauan PAnet mendapati lampu jalan di Persiaran Puncak Alam 3 itu tidak berfungsi, dan dimaklumkan lampu tersebut tidak menyala semenjak minggu lepas. Keadaan yang gelap ditambah dengan keadaan trafik yang sibuk itu boleh mengakibatkan kemalangan berlaku. Penduduk turut meminta pihak Majlis Daerah Kuala Selangor untuk mengambil tindakan secepat mungkin. Perbincangan di Bilik Forum Editor : Mangsa kemalangan merupakan Siak di Surau Haji Ismail sebagaimana yang dilaporkan di sini
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!! 3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
Daftar Pengguna
DAFTAR PENGGUNA
Status Pengunjung : 2 tetamu di atas talian
Bilangan Pengunjung : 88293
Carian
Undian
KOTAK JERIT
Latest Message: 1 day, 16 hours ago
- alang30 : terima kasih kepada abg polis kerana menjaga lalulintas jln keluar puncak alam ke shah alam, kurang lah jem sikit... terima kasih
- azi : «link» herba
- azi : dapatkan pad availbeauty,harga promosi..kos penghantaran rm5 kebawah percuma.. «link»
- azi : Dapatkan Pad availbeauty.....harga
- azi : nak buat gril awk tinggal kat mn
- epinburger : epinburger SA2 dibuka spt biasa mulai jam 7ptg - 11.30 mlm. hari sabtu tutup.Utk tempahan sms@call 0123115729....epinburger..'pasti ada kelainan.'.
- Arep69 : salam RSM88..banyak?? dengan sape tu ye??
- RSM88 : Berlaku lagi kemalangan d bulatan air pancut...hayal tengok air pancut atau nak tunjuk terer..
- RSM88 : menuju puncak...pada warga pendidik kat puncak alam ni buat lah duit banyak2..ilmu anugerahNya...cuma mengingatkan sesama umatNya.
- RSM88 : salam arep....awk smpai kt sini bnyk yg bleh buat grill....
Only registered users are allowed to post



LAMAN UTAMA








Mari-mari semua beli baju2 yg comel2 yg dibawa ...
yaaa tepat sekali program ini terbuka ntuk semu...
terbuka utk org luar ke....?
Salam, saya telahpun membuat tinjauan kerja&...
Personally I feel lampu isyarat is just a short...