| Lagi Kemalangan di Persiaran Puncak Alam 3 |
PUNCAK ALAM : 12.03.2009 - Lebih dua minggu lepas dilaporkan sebuah kereta Proton Savvy terbabas, kali ini kemalangan melibatkan seorang penunggang motorsikal dan sebuah kereta berlaku di tempat yang sama.Kejadian berlaku sekitar jam 5.30 petang tadi ketika warga Bandar Puncak Alam kembali ke rumah dari tempat kerja. PAnet dimaklumkan, kemalangan melibatkan seorang penunggang motorsikal gagal mengawal kenderaannya lalu menghimpit sebuah kereta Proton Wira sebelum terbabas ke tepi jalan. Pemandu kereta yang merupakan seorang penduduk di Fasa 3, adalah seorang jurutera di tapak pembinaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam. "Tiba-tiba penunggang motorsikal tersebut bergesel dengan kereta saya sebelum jatuh. Saya terpaksa mengelak. Itu yang saya terbabas", ujar beliau ketika ditemui di tempat kejadian yang turut disaksikan oleh seorang peniaga makanan di situ. Kereta terbabit turut tidak dapat dikawal dan hampir merempuh kereta seorang peniaga bantal kekabu yang berniaga di tepi jalan tersebut. "Saya tergamam tiba-tiba sebuah kereta terbabas menuju ke arah saya, mujur saya sempat melompat ke atas pagar longkang," jelas peniaga tersebut yang turut memiliki perniagaan kekabu yang terkenal di Merbau Sempak, Sg. Buloh. "Tetapi kereta tersebut terlanggar sedikit kereta saya sebelum berhenti di sana," tambah beliau lagi sambil menunjukkan kedudukan kereta tersebut kira-kira 20 m dari tempat keretanya diletakkan. ![]() ![]() Mangsa kemalangan dilihat mengalami kecederaan di kaki dan badan dikejarkan ke Hospital Sg. Buloh oleh ambulan yang sampai kira-kira 45 minit selepas kejadian. Menurut isteri mangsa yang bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas dimaklumkan kemalangan yang menimpa suaminya memberitahu wakil PAnet, suaminya mendakwa melihat seseorang melintas jalan ketika kejadian. Beliau menambah suaminya cuba mengelak sebelum terbabas.
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!! 3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
Daftar Pengguna
DAFTAR PENGGUNA
Status Pengunjung : 2 tetamu di atas talian
Bilangan Pengunjung : 88294
Carian
Undian
KOTAK JERIT
Latest Message: 1 day, 16 hours ago
- alang30 : terima kasih kepada abg polis kerana menjaga lalulintas jln keluar puncak alam ke shah alam, kurang lah jem sikit... terima kasih
- azi : «link» herba
- azi : dapatkan pad availbeauty,harga promosi..kos penghantaran rm5 kebawah percuma.. «link»
- azi : Dapatkan Pad availbeauty.....harga
- azi : nak buat gril awk tinggal kat mn
- epinburger : epinburger SA2 dibuka spt biasa mulai jam 7ptg - 11.30 mlm. hari sabtu tutup.Utk tempahan sms@call 0123115729....epinburger..'pasti ada kelainan.'.
- Arep69 : salam RSM88..banyak?? dengan sape tu ye??
- RSM88 : Berlaku lagi kemalangan d bulatan air pancut...hayal tengok air pancut atau nak tunjuk terer..
- RSM88 : menuju puncak...pada warga pendidik kat puncak alam ni buat lah duit banyak2..ilmu anugerahNya...cuma mengingatkan sesama umatNya.
- RSM88 : salam arep....awk smpai kt sini bnyk yg bleh buat grill....
Only registered users are allowed to post



LAMAN UTAMA

PUNCAK ALAM : 12.03.2009 - Lebih dua minggu lepas dilaporkan sebuah kereta Proton Savvy terbabas, kali ini kemalangan melibatkan seorang penunggang motorsikal dan sebuah kereta berlaku di tempat yang sama.







Mari-mari semua beli baju2 yg comel2 yg dibawa ...
yaaa tepat sekali program ini terbuka ntuk semu...
terbuka utk org luar ke....?
Salam, saya telahpun membuat tinjauan kerja&...
Personally I feel lampu isyarat is just a short...